Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

18 August 2011

Aku Dan Dia dah PUTUS!


Assalamualakum
hai readers n bloggers,
Mengaku.Sejak akhir2 ni aku agak ketandusan idea nak menaip entry.Mengaku.aku tengah serabut pikir PSM (Projek Sarjana  Muda) aku yang bakal aku tempuh ta lame lagi.bla bla...Mengaku.aku banyak habiskan mase mmbace blog orang sekarang.aahh.ak bagai hilang bisa.em.but writing is my passion..jari2 aku pon mau berpose barangkali..he he he.
Ok.untuk pengetahuan korang sume, aku skrg masih dalam mood cuti semester (yang sangat pjng op kos.4 bulan.).dan bakal menyambung baki 2 sem lagik bulan 9 ni.gulp.aku duk hitung hari weh nk balik joho.huhu..mak.....ade sape2 tany?heh.ko nak ak bg penampaq sedaih ka?
tadi tengah aku sibuk2 gatai tgn duk carik artikel2 best untuk di bace,terjumpe plak ngn satu artikel ni.jom la bace korang.agak menarik gak.dan boleh dijadikan panduan hidup.ecewah.*banyak la kau puny panduan kan..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
al kisah,
gambar hiasan.sumber :google
Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur
p/s : aku sangat tertarik dengan blog ni.banyak artikel bermanfaat.alhamdulillah.same2 kite share ea.:)

thanks for reading.
LOL~

16 August 2011

Jangan Lupa baca Bismillah...

Assalamualaikum

Hai readers n all bloggers,

Salam ramadhan ke 16 hari ni..sedar ta sedar je kan.ok la.aku tade bende nak cakap banyak, cume tadi aku ngh blogwalking terbace plak kisah ni.dulu dulu mase sekolah ustazah aku ade jugak cerite pasal kisah syaitan kurus dan syaitan gemuk ni..Insyaallah jom same-same kite bace.mudah-mudahan dapat pengajaran yang berguna..
          
Al kisah,
erk.kenape syaitan kurus kale pepel?grrrrrr

Suatu ketika Abu Hurairah ra.,salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir.Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian.

Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus,
“Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan tidak berpakaian?”

Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmilah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum ia membaca basmilah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap tidak berpakaian! “

Syaitan gemuk menyahut, “Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut minyakkan. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai pakaiannya.”

Begitulah, betapa agung faedah membaca basmilah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca “Bismillahirrahmanirrahim !”

Malah dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, bahawa rumah yang dibacakan basmilah maka setan tidak akan tinggal dan bermalam di dalamnya.

Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulakan segala perbuatan baiknya dengan membaca basmilah, menyebut nama Allah SWT. Agar perbuatannya itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syatan dan mendapatkan redha dari Allah Yang Maha Rahman.


kredit 


see?nampak?betapa sangat penting nya bismillah dalam kehidupan kita seharian.jangan sesekali wat main-main perkara ni.(sore tegas!).so, sempena bulan yang mulia ni kepada sape2 yang salu lupe dan alpa tentang perihal ni,(termasuk aku gak) mari la same-same kite menginsafi diri dengan mmbace kisah syaitan kurus dan syaitan gemuk ni..em.bulan pose tade syaitan?ye..tapi nafsu tu ade.jangan lupe..


ok la korang, aku nak g masak untuk berbuka nanti.he he..hobi baru sekarang memasak.jangan tak percaye.:P


thanks for reading


LOL~see next entry

02 August 2011

kenangan berbuka puasa di masjid U.

assalamualaikum



OST- puasa dan raya (senario)


hai readers n bloggers.

hari ni masuk hari kedua kita semua umat islam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan ni..alhamdulillah.banyak2 kan amalan ye..rebut seberapa banyak amalan yang boleh.anggap ramadhan kali ni kali terakhir untuk kite sume..

entry kali ni aku nak share story skit ngn korang sume satu pengalaman indah time aku ngn kawan-kawan aku bulan pose taun lepas.yup..pose time tu kat u..sahur pagi pagi minum air kosong n kurma 2 biji je (sunnah nabi tu..hehe..tu pon kalo tersedar)..time tu mmng gile ikat perut la orang kate.tambah lagik aku.wet pinjaman pun tarak..takpe takpe..dugaan belajar.

sambung lik citer..aku ingat lagik time tu aku baru blik kelas..time aku bukak pintu bilik aku, "opocot engkau..kertas ap plop ni...ngeee"
aku terpijak satu kertas kuning ni..then aku bace

"JEMPUTAN BERBUKA PUASE BERSAMA YA**** DI MSI, UTM..SEMUA MAHASISWA UTM DIJEMPUT HADIR.SEBANYAK..16000 MAKANAN DISEDIAKAN.."

tu diaaaa..pucuk dicita ulam mendatang..aku pon berari-lari anak ke bilik za n su kat seblah.dengan harapan depe pon dapat la invitation tu..yeay....za dapat.zura pon..cume sue je tapat.agak sedih la time tu..pasai pa ek su tapat..aku pon ta sure..hehe

tapi sue tak kisah pon dy kate..yang aku plak, mmng dah cewi gile dah time tu.haha."mesti makan sedap kan weh kan.." aku cakap kat za ngn zura.haha..su kat sebelah jeling je..hehe..saje bg sakit hati mmber..hehe..

esok nye pendekkan cter..pas habis kelas kami bertiga pon siap2 la pakai baju kurung bagai..hehe.excited ni.sampai sampai je mmng ramai gile la.laki la.yup.time time macam ni memang aku tak nafikan student laki kat utm mmng lagik ramai dari student pompuan..

aarghh..tak kisah..ape ade hal..kami bertiga pon masuk ke dalam dengan semangat nye.dengar ceramah n ade skit tayangan dari pihak YA*** (ta pat siarkan name..kontrobesi nanti.heheh).

time tu kami duk ngulang tgok jam je.hehe.dalam hati aku dah cuak sebenarnye tau.aku bukan ape..risau tapat makanan jek.hehe..tapi takpe..yakin yakin..sempat sedapkan hati jugak time tuh.hahaha..

(time ni tgh tunggu buka pose..sempat lagi snap2..hehe)

then, masuk azan dah.tempat kami duk still ta smpai makanan lagik.aku jeling orang seblah.tgh makan..nasib ibu.sebab ade anak kat seblah dy.kalo tak mau je aku tarik pinggan dy.huhu...sedih korang tawu.kami mmng lapaq gile dah time tu..kiri kanan sume ramai da pat makanan dah..tak kan la sebab kami comel sangat ta pat makanan kot..pulak tu, air pon ta pat..huhu..

Aku ingat lagik, aku pandang muke za, dy senyum..pandang muka zra..senyum..dalam hati hanya Tuhan saje yang tawu.nak kutuk kang riso orang seblah dengar.haha.tu la..aku awal- awal dah cuak sebab ak nampak depe hidang pakai talam..kot ye pon nak makan bertalam, gtaw la awai2..aku tak kisah..tapi dah kate makan untuk 16,000 orang.wat la dalam polistrin ke ap.huhu.mmg aku kutuk la pihak urusetia time tu..

bukan ape, aku ade gak nmpak budak2 kecik ramai tak pat makanan gak cam kami.belah pompuan la.laki aku tataw.tapi abang cu aku ade gtaw bese kalo berbuka puase kat masjid mmng depe dahulukan laki...ok..len kali bgtaw siap2..tade la kami yang perempuan ni berlaparan..huhu

jemu duk tunggu makanan smpai, las2 sampai kaum adam pon dah nk mule solat, aku dan yang lain-lain pon p amik wudhuk then solat maghrib dulu..tenangkan fikiran...sedih gak time tu sebab aku siap teguk air paip lagi.sangat dahaga..dengan kelas yang penuh seharian.huhu.mak...

pas habis je solat, aku kol encik azam merangkap felo kolej aku time tu.aku pun cerita la dari awal smpai hbis..pastu dengan sepantas kilat nye, beliau pun datang amik kami nek van kolej..haha..sepanjang perjalanan balik tu, dy pon duk bebel kat aku sebab p majlis tu.dy pon kesian kat kami sebab ta makan lagi.time tu dah kul 8 stgh..haha..sambil dy bebel sambil dy bawak laju yang taleh blah..kami mmng gile dah cuak time tu.ngeeeee~.habis sume bonggol-bonggol utm di langgar oleh beliau.

sampai je kat kolej, kami terus berlari p kafe kat depan..beli makanan..huhu..mak cik kafe tu pon terkejut.siap dy tny lagi, "aikk.baru nk berbuka ke ni?"..senyum.ta mampu nak kate ape2..tapi aku jawab gak la..tanak dikate kan sombong (sebenar nye nk bodek bayar murah.haha)..dy pon agak simpati gak kat nasib kami malam tu..

pastu, masing-masing senyap.makan.tak baik bercakap mase makan adalah situasi kami time tu.haha..pas je kenyang baru masing-masing happy lik.walopun dalam hati sakit.,,indah khabar dari rupe..Sampai je kat bilik, su dah tunggu..punye la excited dy nk tawu kami makan ape..time tu aku,za ngn zura dah janji tanak gtaw su..hah..malu puny pasal..so, sume berpure-pure makan sedap kat masjid.hahha.janji hati tak tambah sakit malam tu kalo kene gelak lagi ngn su.memang aku tak teragak-agak nak lempar sipa biru dy ke bawah dari aras 3 time tu.(hanya dalam fikiran.hehe)

tapi las-las sue tawu gak.sape tah pecah tembelang.hahaha...

so, moral of the story, pas ni kepade kaum pompuan, berbuka kat rumah je ok..kalo kat kolej, better la p bazar beli nasik sebungkus.,bawak balik.jangan nak harap makan free..kaum adam lain cter..




thanks for reading~
LOL.


31 August 2010

kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah??

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH

.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


P/s :saje nak share ngn u all....SHARING IS CARING, right???

daaaaa:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails