Assalamualaikum
hai readers n bloggers,
hari ni 15 mei.hari yang istimewa.sebab apa?sebab 23 tahun yang lepas ada sorang budak comel lahir ke dunia. Budak tu lahir pulak hari Jumaat betol-betol time orang nak p semayang Jumaat. Memang menguji kesabaran seorang wanita yang bergelar emak dan seorang lelaki yang bergelar bapa...(*sob sob..sadis nye intro).juga menguji kesabaran ketujuh-tujuh abang dan kakak yang lain menanti kelahiran adik bongsu mereka.hihi.
Yup.today is my Birthday.15 MEI 1989. tarikh aku melihat dunia.tarikh aku mula bergelar anak.dan juga tarikh nama "NUR AMALINA" diberi..
"Terima kasih emak.terima kasih apak.i love both of u..
Puan Hajjah Amnah binti Zainuddin dan Allahyarham Haji Aziz bin Muhammad"
Sepanjang 23 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini, dah terlalu banyak yang aku lalui.pahit.manis.masam.masin.kehidupan..kawan-kawan pun banyak yang aku kenal.. juga tahun ini juga sangat bermakna. tahun akhir bergelar pelajar.insyaallah.Bulan oktober bakal mencatatkan memori indah. *senyum ketat-ketat.
![]() |
| bukan kek sebenar |
he he he.sejak bila aku menulis dengan skema entah la..ni semua bahana PSM.ayat harus skema.juga harus mengikut format thesis UTM.haha.oit oit.cukup merepek la nana.
sedih sebenarnya first time besday ta dapat ngn mak.ye la,mak jauh kat kampung.biasa nya kalau besday mesti aku yang beria -ia masak untuk mak..lauk feveret mak.paprik
then, aku yang beria bagi mak hadiah.kitab la bunga la tudung la.hehe.bukan apa sebab betol la kan, bila hari ulang tahun kelahiran kita , mak kita la yang patut dapat hadiah dan penghargaan bagai sebab dia yang bertarung nyawa lahirkan kita. kan kan?dan semestinya kita yang dia lahirkan la bagi hadiah kat dia..:)
So, sempena umur yang genap 23 tahun ni, ada beberapa wish dan azam umur baru yang aku harap akan dicapai , insyaallah.apa dia?haih.mana boleh bagi tahu semua kat sini kan.haha.harusla di dalam diary peribadi. sejak bila aku ada diary? aku pun tatau.
ok la tak boleh nak membebel panjang-panjang.sebab banyak keje nak buat. tinggal beberapa hari je di bumi Johor ni.so, harus bersedia untuk menghabiskan semuanya.
kepada korang yang tatau pasal peristiwa 15 mei (selain besday aku), korang boleh klik link ni - Peristiwa 15 MEI
p/s : kepada yang wish besday kat FB, thanks..thanks sangat2 sebab sudi ingat.(walaupun aku tawu wish pun sebab reminder tepi tu kan.hehe.xpe2.)
bye .XoXo




