06 August 2011
review game jombi oh jombi!
27 July 2011
sembang cinta part #2 cinta lame vs cinta baru?
OST-Kimia (melda ahmad)
macam2 jenis cinta yang aku pernah jumpe.yupp..tergerak lak hati kecil aku hari ni nak sembang pasal cinta dulu2..hahaa..tolong jangan salah anggap okeh.aku tade nak jiwang2 sangat.em.
cinta 1
suke kat dy dah lame.since form 1.haha..cinta munyet..then pendam perasaan.tanak gtaw sebab malu.haha.yer la.dulu aku pemalu orang nye.kami berkawan baik.since due2 handballerz.
then, mase form 4, dy approach aku as his "part of life"..cehh..bajet fairy tale ape time tu.then aku terime.haha..but.tak lame.dy further study.aku pon blajar time tu.tade nak sms2 nye.hp pon tade time tuh.senyap.hubungan kami putus cam tu je.tak lame pas tu aku dapat tawu dy dah kawin.yupp.tahniah.!
cinta 2
time form 5.anak cikgu aku..awal2 kami mmng salu gaduh.ape yang dy wat sume aku benci..dy pon ade jek nak carik pasal ngn aku..then, betol la kate orang jangn benci ngat kat orang t suke.lame2 kami sedar kami suke same suke..tapi paling taleh blah, kami still kuat gaduh.hubungan agak lame.till aku form 6.yupp.tak silap mase tu dah nak jangkau 3 tahun kot.but putus di tengah jalan gak..sebab?dah lame2 baru aku sedar kami dah tak serasi.yupp.then, he have another gurl..(^_^)
cinta 3
ore kelate.yup.tua 14 tahun dari aku..aku penah rase cam nk benti belaja n kawin ngn dy.haha.mmng gile.dy baik.aku tak nafikan.tapi kami ta lame sebab family.aku tak rase after kawin ak dapat sesuaikan diri ngn khidupan orang pantai timur.sorry to say like that..i have another experience in my family.kakak aku menghalang..mule2 aku rase sentap gile n nak perjuangkan cinta aku.ceh..but then, after aku masuk u, aku baru nmpak life aku.ap yg aku nk carik selame ni..impian mak, arwah ayah n another my family's mmbers..then, kami berenti di tgh jalan.yup..family,cinta.aku pilih family..but yang wat aku gusar, he still waiting for me.huhu..pliz..find another gurl.i'm sorry.truly.
sweet father.see..cam ni la aku nak carik
since that, aku tak berani nk bercinta secara series.yup.yang ade cume kawan lelaki.ta lebih..aku mengaku aku masih mencari..tapi aku takut.aku tanak bercinta lagik sebab dah penat.penat buang mase dan tenage.aku ade bende yang aku inginkan dalam hidup aku.impian aku.bukan hanya cinta semata-mata..mmng cinta tu penting.tapi aku dah bosan.cinta before kawin manis.sume indah.ayat madah-madah.syair dikarang indah.tapi pastu?pas kawin?aku brani jamin paling lame pon 5 tahun bertahan..tanya yong aku kalo tak percaye.:P
so becoz of that, aku harap aku dapat cinta after kawin.tak kisah la before kawin hidup kami huru hara or masing2 rase susah untuk bersama, but itu agak berbaloi if we can be together in the future life..yupp..bile kite susah, kite akan hargainya bile kite senang kelak.
abang aku ade pesan before aku grad or mase aku tahun 3 t, if aku ade kawan ngn sape2 pliz bawak n kenalkan kat dy.huhu.tapi kalo tade gak?How?aku rase abg aku dah mule percaye kan adik bongsu dy ni.huhu.terharu.abang pon, sile cepat kawin..then, baru adik rase tenang nk kawin.(^_^).
dia pon ade pesan kalo nk cari orang tu tahan ataw tak ngn kite, sile tunjuk kekurangan kite dulu..yup.aku setuju.tak gune jadik orang yang hipokrit.sebab dalam satu hubungan itu memerlukan keikhlasan dan kejujuran..baru hubungan dapat dijalinkan dengan tenang dan sempurna..dan jangan lupe berdoa supaya dapat restu dari Allah s.w.t.
p/s :- bile aku dah yakin, aku akan kenalkan dy dengan family aku..
07 July 2011
entry cakap kosong #1 - aku benci bile aku moody!
p/s : jangan nak wat lawak bodoh time aku moody, aku bagi penyepak free nanti!
07 May 2011
2 more papers left
01 May 2011
sexual harassment itu gangguan berunsur seks!
lately, ak ketandusan idea nak update blog..betol.even byk bnde2 yang ak rase nk share kat sini ngn korng sume...dah taip2..separuh,masuk draft.taip lagik.masuk draft.then lupe.las2..hbis tarikh luput..bukan ape skill menulis @ mengarut tah pape ak seakan2 hilang..penat carik..haha...
ok.hari ni ak bukan nk bg lecture ttg ap itu sexual harassment at workplace ke ap ke cam ap yg prof abu saim ckp kat kelas.ak tawu korg sume dah tawu kan ap bende itu sume.kalo tataw, sah korng tdoq mase kelas ataw pon korg mmng tak minat nk amik tawu hal2 macam ni.(heh.ayat sinis).
mmg ak nak patah2 kan je tulang tgn org gile tuh.biar tempang..ops...itu kaki.pembetulan.biar kudung.
.terime kasih Suhadah Sairan...sbab tolong kawan ko yang lembik ni..huhu..hopefully pas ni ak ta dapat lagik pape gangguan...tapi kalo dapat lagik cam ne?ap pandangan korang?patut ak tukar no ke tak?ak ad plan nak pakai digi easy...sbab murah.hee.27 March 2011
ciri-ciri suami soleh
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:
1. Mencari nafkah (belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.
1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”
“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.
Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.
2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.
3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.
” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam
4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI
Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.
Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )
Tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga:
Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.
06 February 2011
cuti CNY dah habis..
sob..sob..sob...cuti da hbis..huhu..mase blik tadi ak rase sayu je..tak puas hati btol la.ap la bg cuti awal2..kan dah tade cuti dah pas ni? dah la perak tu dekat je ngan joho ni kan. kalo ak rindu kat mak ak nanti sape nak jwab???..neway, perjuangan harus di teruskan..yeah..! (tber2 bersemangat..
)
mengimbau kembali saat saat cuti yg panjang tempohari...(pjg la sangat)..cam bese ak nk share ngn korng sume ap yg ak wat time cuti hari tu...
.siyes sangat penat...pape pun..slamat la ek sume kawan2 se MAHASISWA....same2 kembali berjuang mngadap
demi mendapat kan segulung
...huhu..amiiinn..di sebalik tabir pembuatan banner..
tanak ckp byk2..n tanak tulis byk2..cume ak nk mintak pndapat awak2 sume,korang2 sume ttng banner yg baru ak wat nih...di sbab kan bground blog haku ni kale oren, so ak pon try wat banner kale oren supaye masok dalam blog..

.hehhe.tapi ..tapi ak perlukan komen n pandagan dari korng sume ok ke tak yg baru ni? or ak perlu wat penmbahbaikan lagik?..sbab ak bukan pandai sangat bab edit2 nih.masih newbie lagi...hehehe..27 January 2011
berada di penghujung benua asia...(^_^)



























