Hai, Assalamualaikum..
Dengan ini, saya, Nur Amalina binti Aziz ingin menyatakan bahawa "tesis saya dah siappppp!!!!"""
happy nye hoi.. baru je lepas submit ke fac tadi..setelah berhempas pulas hampir 2 tahun setengah semata-mata nak siapkan tesis untuk dapatkan title master, akhirnya hari ni berjaya juga hantar ke fac...
Walaupun belom present lagi, tapi takpe, ini langkah pertama..harap-harap fac panggil aku present cepat, harap-harap aku dapat present dengan lancar dan jayanya, harap-harap examiner baik-baik belaka, dan yang paling penting harap-harap dapat grad bulan 5 tahun depan ..amiiinn..semoga Allah permudahkan segalanya..
Bila dah hampir settle ni, soalan yang paling banyak aku dengar ialah "Tak nak sambung PhD ke?"..ok jawapan aku "buat masa sekarang TAK NAK!." ahahaha..tapi tak bermakna TAK AKAN kan?insyaallah ada jugak plan nak sambung lagi tapi bukan dalam masa terdekat ni lah...maybe 10 tahun lagi, maybe la..time tu da ada pengalaman banyak, duit banyak, suami dan anak pun banyakkk..opsss..hahaha.
Rindu oi rindu nak mengarut panjang-panjang kat blog ni macam zaman dulu-dulu.. Insyaallah lepas ni nak cari kerja dan cari duit belanja sendiri..soal kahwin kene sabar dulu..Janji Allah tu pasti kan..so tayah nak serabut-serabut kepala pikir ok..dah kahwin kang banyak plak masalahnye nak itu la nak ini laa plak..manusia..tak pernah dan tak reti nak bersyukur dan sedar diri..
Nak buat apa lepas ni? insyaallah hujung bulan ni ada interview penting..untuk jawatan PTD M41..alhamdulillah aku lulus dengan jayanya exam hari tu..tak sia-sia la study macam nak meninggal ase..kahkah..(ok itu tipu...).tapi seriesly aku sendiri terkejut sebab lulus...sebab aku tak expect pun sebab soalan dia susah gila...40 kali ganda lagi susah dari soalan penguasa kastam hari tu.. (lulus gak exam kastam hari tu tapi tak pergi iv sebab file sijil tertinggal kat u..kahkah.bodo betol)
Apa pun sekarang aku dah lega..sebab tak payah nak sewel-sewel lagi pikir teori itu teori ini..sungguhpun nanti akan ada correction lepas viva nanti, tapi takpe, tu cerita lain.. Yang penting sekarang buat slide present siap-siap, lepas tu dah boleh balik kampung...
oh ya, tak lama lagi bulan 12, akan ada 2 wedding besar bff mase kat uni dan bff dari kecik..nanti aku upload gambar okeh..
Aku rasa cukupla aku mengarut kat sini, aku nak buat slide lepas tu nak study untuk interview ptd nanti..korang, doakan aku ok.. "Semoga Amalina dapat jadi ptd...amiiiinn"
ok, B4N.
p/s : i hope i can be one of what we called as "beauty with brain"..just like my sv.. yeah!

2 comments:
hai, awak kena datang kahwin kite.
Tahniah sebab dah habis buat thesis. Semoga grad dan dapat title Master. Moga berjaya dalam kerjaya dan tercapai juga cita-cit untuk sambung ke Phd tu.
Post a Comment