Assalamualaikum
Seperti yang telah dirancang sekian lama, maka pada hari ini kami bertiga (gua,za dan zura) meneruskan rancangan ke kampung angkat kami yang terletak di Tanjung Sedili, sebuah daerah yang berdekatan dengan Kota Tinggi, Johor. (setelah setahun setengah.)
Perjalanan daripada skudai ke Kampung angkat mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami bertolak pukul 8 setengah dan dalam pukul 10 setengah kami selamat sampai. Yeah. Dengan menaiki kereta Myvi cik zura yang baru keluar dari kedai. plat JPC lagi..
Ok, sebenarnya gua mula menyampah baca intro gua yang macam ayat karangan budak darjah 6 nih. So, mari gua upload satu satu gambar sambil bercerita, lagi meriah.. Tak gitu?
![]() |
| Menu wajib setiap kali datang |
Oh ya, kemudian kami bertandang ke rumah baru family angkat gua. Nak pindah rumah baru dah weh.Hehe.Best gila kott ada buaian, orang jual ABC petang-petang di kawasan kejiranan. Gambar lupa pula gua nak amik.Handphone tertinggal dalam kereta.Ok,Handphone Za.Handphone gua tak cnaggih.
Next, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu berkunjung ke pantai. Gambar pliz!
![]() |
| Muka ceria tak hingat dunia! |
Memandangkan gua malas nak upload satu-satu, makanya gua combine kan je apa yang ada.Aci la kan?kan?Pantai belakang tu memang cantik.Cuma kalau Sue ada mesti lagi lengkap gambar ni.
Ni la jadinya bila tak ada orang lain nak amik kan gambar, terpaksa letak kamera kat atas batu then larik-larik anak menuju ke depan (merujuk gambar paling bawah). Namun, kami berjaya juga snap satu gambar bersama (merujuk gambar tengah).
Bak kata za la tadi, belangkas tu "kudakasutketam" la weh..ok fine.pening.next picture pliz..
Puas gua ajak mak angkat gua bergambar.Malu katanya, maka gua pun curi-curi la amik gambar ni walaupun gambar belakang saja yang dapat. =.=
Masa kami datang tu ada la segerombolan abang-abang (ceh, tayah nak abang sangatla!) sedang menyembelih belangkas-belangkas yang ada di situ, maka mereka mencabar kami amik gambar sambil pegang belangkas hidup..eeerrr..gulp.Gua bukan takut.Gua geli.
Sebenarnya gua tatawu kenapa gambar ni nampak pelik.Muka zura yang pelik ke atau muka belangkas itu kah? Gua pun tatahu.
Ok, pengalaman yang taknak dilupakan.Best sangat bila ada family angkat yang dekat dengan laut..walaupun kami tak mandi sebab masing-masing takot sun burn tapi gua akui gua sangat mencintai laut. Keindahan yang buat gua rasa sangat bersyukur dan kagum dengan Maha Pencipta. Juga gua sangat suka kan ketenangan.
![]() |
| Ambil gambar sendiri! |
Kemudian, setelah berhempas pulas ambil gambar, maka kami pun bergerak pula ke destinasi berikutnya iaitu pusat penternakan Belangkas. Oh ya, jangan tak percaya, baru je lepas masuk Majalah 3 tempohari.
![]() |
| belangkas dalam bahasa inggeris dipanggil "Horseshoecrab" |
Bak kata za la tadi, belangkas tu "kudakasutketam" la weh..ok fine.pening.next picture pliz..
![]() |
| yang paling kanan tu mak angkat gua..Puan Maznah namenya |
![]() |
| Kolam penternakan belangkas |
![]() |
| Pegang belangkas!. |
Then, after puas berjalan, kami pun menuju semula ke rumah mak angkat gua yang baru sambil tengok ayah angkat gua buat kerja. Actually tak tengok sangat pun, kami lebih suka berebut main buaian depan rumah tu. Kehkeh.Best gilaa. Angin menderu-deru. Suasana kampung yang sangat gua sukai.Tenang, aman dan damai.
Lebih kurang jam 1 setengah kami pun mula mengundur diri untuk pulang ke kampung halaman masing-masing Skudai sebab risau jugak takut-takut hujan.
![]() |
| girls hang out! |
Ok cukuplah setakat ni. Gua pun dah mengantuk yang teramat sangat. Besok ahad.Gua nak kemas bilik dan sambung wat tesis.Semoga supervisor gua cepat balik.Gua mau cepat grad!
"keep the spirit flaming!"
p/s : Gua dah pasang angan-angan in stead of amik gambar kawin kat sawah padi, why not gua pilih tepi pantai?Hehe.teluk cempedak maybe?hiks. Ok bye.









No comments:
Post a Comment