08 November 2012

its my convocation part 2

Assalamualaikum



Hai readers n bloggers,

Hari tu aku dah janji nak buat entry perihal majlis konvokesyen aku kan? so, aku terasa nak update entry hari ni. Janji Ditepati katanya. 

Setelah 3 tahun bertungkus-lumus menyiapkan ijazah pertama dalam bidang pengurusan(teknologi) maka tibalah saat dan masa yang dinanti-nantikan oleh setiap orang daripada kami. Ya. Untuk naik ke atas pentas Dewan Sultan Iskandar yang gah lagi meriah tu untuk mengambil segulung ijazah.

Majlis aku berlangsung pada hari ahad 14 oktober 2012. Sesi pagi.. makanya kena lah bangun seawal jam 4 pagi untuk mandi dan bersiap-siap. Al-maklum lah family yang datang tak terkira ramainya. hanya keluarga kak Nyah dan Abang ude yang tak datang. Masing -masing kerana Exam PMR minggu itu belum habis. Ya. Anak kak nyah yang sulung, Farah dan juga abang ude pula seperti biasa memegang jawatan selaku ketua pengawas peperiksaan di sekolah beliau. Oh ye. abang andak juga tak dapat datang. Ada kursus yang perlu dihadiri pada minggu itu..

Aku malas nak taip panjang-panjang sebenarnya kerana terlalu banyak yang ingin di upload.sabar ya. aku upload mana yang penting sahaja dahulu. 

lets go.
time ni baru nak gerak masuk kete dari homestay.


Tengok muka aku nampak gila nebes yang terlampau. gila kaauu first time kot nak konvo.macam-macam perasaan ade.ok next gambar.

ni masa dalam dewan baru lepas amik bende pat segi tu
sebenarnya tak boleh bawak henpon atau kamera dalam dewan tu tapi kisah pulak kami kan?tapi tu laa takot gak kena rampas jadi amik gambar curik-curik je.
next!

bersama bonda tercinta
Lepas je keluar dewan tu, semua anak buah serbu.sambil bagi bunga.comel sungguh.hehe.maceh ye semua sudi datang konvo acu...sayang semua..

i'm not alone because i own them!


Series sungguh terharu.Walaupun jauh dan konvo aku pertengahan bulan, namun mereka tetap sanggup datang dari perak..Love all of you. family is everything.Sumpah aku sanggup berkorban apa sahaja demi mereka.Terima kasih mak.Terima kasih semua atas pengorbanan yang dilakukan..



i do love them



Alhamdulillah walaupun hari itu sungguh kelam-kabut namun berjaya juga dilalui dengan baik. Terima kasih Ya Allah memberi kesempatan untuk aku merasa kebahagiaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Walaupun arwah ayahanda tak ada di sisi namun beliau tetap dalam hati.sentiasa.tak pernah lupa.


i do love utm (^_^)
Saya sayang UTM ketat-ketat. Terima kasih juga UTM sebab sudi beri kesempatan untuk saya sempurnakan ijazah pertama saya di sini. Terima kasih cikgu-cikgu..Terima kasih juga kawan-kawan semuaa..Tahniah diucapkan buat warga SHD 2009/2010. Korang memang best gila dan gila jugak.kehkeh.


 After this, i have long journey to complete my master n PhD pulaaa..insyaallah. 


oh ye gambar dengan kawan-kawan takde ke?haha.jawapan jujur"takde". kami amik gambar lain hari.nanti lah aku upload lain entry.







p/s : tamat citer konvo part 2. sebenarnya banyak lagi nak cerita.tengok lah kalau rajin dan ada masa aku sambung part 3 pulak.tapi tak janji.huhu.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails