sekelip mata kehidupan berubah.
sekelip mata langit cerah menjadi kelam.
lalu kau pun berlalu mencari awan yang kelabu..
kenapa kelabu?kenapa bukan putih?
kerana awah kelabu itu indah.
kerana awan putih itu palsu.
kelihatan suci.kelihatan lembut.
bila digapai ibarat debu.
sekelip mata hilang.
percaya atau tidak?
dulunya seorang kanak-kanak riang.
bermain.bergaduh.bertepuk tampar.
kini seorang yang remaja.seorang dewasa.
seorang yang boleh berfikir.
mana yang betul mana yang palsu.
mana cinta mana benci.
percaya atau tidak?
kawan-kawan seribu tiba-tiba hilang menderu-deru.
umpama ombak yang terpukul ke gigi pantai.
kehidupan sepi.sepi tanpa ada angin yang bernyanyi.
lagu rindu.lagu cinta.kini hilang.
percaya atau tidak?
dulunya buku menimbun minta dibaca.
kini tiada buku untuk diselak.untuk direbus airnya.
kehidupan menjadi sunyi sepi.
tanpa gegak gempita dunia tulisan.
percaya atau tidak?
yang dirancang tak semestinya akan terjadi.
kerana Tuhan mungkin tidak akan memberi
sesuatau yang kita minta.
kerana Tuhan hanya akan memberi apa yang kita perlu.
lalu percaya atau tidak?
bersyukur atas apa yang wujud hari ini.
seorang emak.seorang ayah.secangkir ilmu.
sebuah kehidupan.
kerana percaya atau tidak
bila segala-galanya hilang bak halimunan,
kau tak akan menjumpainya lagi.
jadi...percaya atau tidak?
BERSYUKURLAH...
p/s : percaya atau tidak, aku tak pernah percaya sampai ke hari ini aku sedang berusaha menyiapkan master ku di utm.doakan aku.pliz.

No comments:
Post a Comment