Assalamualaikum
HAI HAI, HELLO HELLO..
Apa kabar muslimin muslimat? macam mana puasa hari ni? sedar tak sedar kita pun dah masuk fasa terakhir iaitu fasa ke3 yang sememangnya fasa paling mencabar ye..insyaallah semoga semua nye terus istiqamah menjalankan ibadah puasa dan juga ibadah-ibadah sunat yang lain..ingat, bagi yang tak berkemampuan tu, kalau kita tak dapat semua, jangan sampai kita tinggal semua. :)
Lama rasanya menyepi kan diri daripada dunia penulisan entry blog ni.Bukannya apa, agak sibuk bulan puasa ni.tolong kak yong buat kuih untuk dijual di bazar Ramadhan.Alhamdulillah, banyak jugak ilmu membuat kuih yang aku dah belajar.Antaranya ialah kuih tako, kuih seri ayu, popia goreng dan popia basah, kuih karipap (menu wajib), kuih agar-agar lumut, kuih kole kacang (favereeett gileee), kuih cucur badak, kuih tepung pelita dan macam-macam lagik.hehe.. kira lepas ni kalau mak mertua nak test buat kuih insyaallah berjaya.hehe. (ayat gila poyo).
ok la. panjang pula intro kau kan cik nana.hehe..berbalik kepada topik di atas, sekarang ni kan musim nak raya kan, so bila duduk-duduk sensorang tu termenung depan tangga teringat pulak zaman muda-muda dulu..time kat sekolah macam ni kan, semua duk pakat-pakat sibuk la nak plan nak p raya ramai-ramai..Haaa..ni la nak cerita ni..KONVOI RAYA!!. haha.
Best tak bunyi nya???. Aku masih ingat lagi kan time form 3, form4, form 5 dulu..meriah gillaa...tambah pulak time tu aku baru dapat lesen motor plus motor baru (incik apak belikan) so, memang sakan la aku beraya ke sana-sini dengan kawan-kawan aku.. bukan sikit weh.kadang-kadang penah mencecah 60 orang yang ikot kitorang. ye la memula plan nak p dalam kawan-kawan kelas je.pas tu bila dah p satu rumah ke rumah yang lain mula lah ramai nak ikot...so, takkan tanak bagi pulak kan? sudah nya tu yang cecah puluhan ribu orang tu..ok itu tipu.
![]() |
| miss u guys! |
Konvoi kami ni terdiri daripada lelaki dan perempuan. then, sorang akan jadik ketua bila masuk ke kampung masing-masing. hehe.bajet taiko kan. lepas tu satu rumah ke satu rumah kami pergi. Paling tak bole blah kan, rumah yang aku tak kenal pun aku pergi.haha.sebab ikot -ikot kan.. bising jugak ayah aku time tu sebab aku keluar seawal pukul 8 pagi dan balik rumah pukul 7 malam.hehe..(kami berenti solat di masjid ok) .. Tapi disebabkan aku ni anak yang baik time tu, wat macam tak takut je wat salah.hihi..janji dapat.kene marah belakang kira.ok itu prinsip zama remaja aku time tu.
darah muda ~
Lepas tu tak cukup sehari, kami plan lagi satu hari nak pergi rumah cikgu-cikgu pulak..kat Changkat Lada. gilaa kan.dah la ramai-ramai.bila nampak polis cepat-cepat berpecah.pastu masing-masing pening mencarik.hehe.ye la time tu henpon belum berleluasa lagi penggunaan nya..aku pun ada sim kad je time tu. (sadis sungguh)
Best woo. time dulu-dulu..aku ingat lagi time tu tengah musim rambutan kat rumah aku..Punya la payah kami satu family nak perabihkan, mujur la kawan-kawan aku datang time tu aku ajak depa suma p kait rambutan depan rumah.haha.2 talam...licciiin...thanks kekawann..lepas tu memang kat sekolah je tiap kali musim raya depa tanya " amalina, rambutan ada buah dak?" haha...nampak muka aku je nampak rambutan.lahabau punya member..
![]() |
Tapi kan...satu je tak best bila raya konvoi reramai ni...satu rumah yang kami p, satu pon tak bagi duit raya..huhu..ye la kalo dah sekali datang macam rombongan nak meminang je, tak ke kopak si pemilik rumah tersebut?haha.. Tapi takpe, bukan itu motif utama nya.
Sebab bagi kami semua time tu yang penting meriaaaah..dan aku ingat lagi, sorang kawan aku tu...aku tuju khas untuk ko ni iqbal, " ingat tak, setiap rumah kita semua p, mesti ko akan rasa setiap satu kuih raya dalam balang atas meja tu kan?orang len duk sembang ko diam je fokus kat kuih raya..keh keh keh"
dan untuk intan lak, " dedulu kita naik motor p raya rumah cikgu deris (idris) sekarang dah jadik rumah mertua ko dah kan..?" hehehe..(intan dah sah jadi bini cikgu deris dan sedang mengandung da sekarang ni..)
Haaiii.... (mengeluh sopan)..Bila teringat zaman-zaman tu aku rasa kejap gila je masa berlalu.ye la umor sekarang pon dah masing-masing 23 tahun..dan dah ramai dah jadik bapak orang.mak orang.isteri orang.dan juga anak orang.ok itu aku.hehe.
Raya tahun ni dua sahabat kita akan dapat baby baru..wat Nisa, tahniah atas kelahiran baby pompuan ko..mesti comel...ada kesempatan nanti aku mai ye. :P.
juga wat Nadia, bila nak bersalin weh?hehe..comel je ko badan kecik bawak perot besaq..
errrk.panjang dah melalut.better stop kat sini.hehe.ada masa sambung lagik.kbai.
p/s : kalau ada doremon kan best?nak pinjam pintu sesuka hati.then balik ke masa lepas.ok itu merepek.



4 comments:
suke..... hehhe...
seronok kan masa tu...
sampai ada yang moto rosak..
sampai ada yang kena tinggal...
ingat tak firdaus, sanggup suruh org antar sampai chngkat sbb dia kena tinggal pagi tu..
sampai chngkat, kta nak balik dah..
haha..
memori memang utk dikenang..
yupp.ingaaatt.haha..sume ny masih segar dalam ingatan weh..selagi tak hilang ingatan aku akan ingat sampai bile bile pon.insyaallah :)
Hahahaha..~ Ko perasan ye apa aku buat.. keh3. curiosity tgah mencanak masa tu. mmg rajin la test satu2. Tapi yg bestnya dulu tak gemuk makan kuih banyak2. skrg dah tak leh.. heheheh.
Iqbaljazmi
mesti la perasan.hahaha..ko kan kawan baik aku dulu..aah sekrang sume dah mencanak gak naik berat badan,hehehe.dulu2 sume kuruih2 je kan.sabo je laa
Post a Comment