Semalam,
borak borak dengan coursemate. Hilangkan stress belajar plus berkurung dalam
bilik 3 hari berturut-turut.tepu otak. So, kami berempat pun lepak kedai makan.agak lama melepak.Banyak
yang menjadi isu perbincangan.Dari soal study,tesis,final exam sampai la ke
tajuk “drama melayu”.
Ya.Tipikal
drama melayu.Bukan nak cuba menjadi pengkritik tegar atau seangkatan
dengannya.Tapi saja nak taip satu entry baru.agak bosan dengan diri
sendiri.Berblog.tapi menaip entry hanya sebulan sekali.Busy.ya.Alasan yang sama
untuk ke sekelian kalinya.
![]() |
| ini sangat comel.tak dinafikan!haha.tetibe |
Tipikal
drama Melayu 1.
Korporat.
Sungguh
drama melayu memang banyak bercerita tentang perihal syarikat. Rampas kuasa.
Sembang juta-juta sana sini. Lagak macam orang melayu tak ada yang bergelar
gelandangan.Walhal, bersamamu.setiap minggu.orang miskin kebanyakan orang
melayu. Kereta mewah, kebanyakan yang memandunya orang berbangsa cina. Orang
melayu?hanya gah di dalam drama melayu. Bergelar Dato’ Datin.semua hanya dalam
drama. Bak kata mat lutfi, apa guna tunjuk gaya hidup korporat kalau yang di
luar sana ramai yang hidup melarat??
Tipikal
drama Melayu 2
Kahwin Muda vs Kahwin kontrak.
Ini
satu lagi fenomena.Mak ayah orang kaya.Kawan dah lama tak jumpa.Then, jumpa dan
terus nak kawin kan anak masing-masing.Konon bila berbesan, hubungan akan
utuh.Seolah-olah kawin muda sangat mudah. Walaupun anak masih belajar.Hadiahkan
anak-anak rumah.kereta.Gila indah dunia kalau mak bapak macam tu.Anak-anak pula
kawin terpaksa.Buat kontrak.konon takkan jatuh cinta dan hak peribadi tak kan
diusik after kawin.But then, masing-masing jatuh cinta. Terlalu kerap drama
yang sama buat rasa jemu.tapi masih mahu menonton.Konon ingin menyokong industri
negara. *sigh
Tipikal
drama Melayu 3
Cerita Sihir plus hantu hantu.
Perasan
atau tak, kadang-kadang sampai satu tahap tu aku rasa cerita cerita hantu kat
drama melayu ni mengarut. Ye la bukan tak percaya hantu.percaya.memang wujud
makhluk –makhluk halus ni.tapi la kan..Hantu satu jelmaan jin atau syaitan
untuk menyesatkan manusia.So, manusia akan takut kat hantu.bukan takutkan
Allah.thats all.simple right? (tak berlagak ok.cube berpikir rasional.).Tapi tu
la tipikal drama melayu. Hantar hantu sampai berbelas-belas tak jugak seram.
Ada satu cerita tu lagi laa..hantu boleh makan orang.em.plis la.orang melayu
yang tengok drama-drama macam ni sila lah jangan percaya. Tengok je boleh tapi
lepas tengok tu tak payah nak takut sangat sampai nak pergi toilet pun
berteman.pfft. Percaya hanya Allah yang patut kita takut. Dan percaya hantu dan
syaitan takkan menjelma depan kita unless la kau sendiri yang mintak
kan?Teringat aku pada kata-kata sorang lecturer aku, Mr Lokman namanya, “Kat
Malaysia je banyak hantu.hantu pocong
la, hantu bungkus laa..kat US mase zaman sy belajar dulu tak ada pun?”.well.i
agree with him.
So,
based on ketiga-tiga tipikal drama melayu ni, apa pendapat korang?

No comments:
Post a Comment