Assalamualaikum
Hai readers n bloggers.
Mandi malam boleh kena penyakit peparu berair 1 mitos. hehe.Mesti korang biasa dengar kan kalau nak mandi malam kena marah dengan mak ke ayah ke.pasai pa?nanti depa mesti kata lagu ni,
"Hang jangan nak mandi malam. kang berair plak peparu hang nuh"
"Aiipp.jangan mandi malam.mandi besok je.p basah basah kan badan je"
Haa kan? pernah dengar kan kan.alaaah tipu la kalo korang cakap ta pernah..jadi disebabkan aku ni suka sangat mandi malam dan malas sangat nak mandi siang, jadik aku pon try search skit ade tak apa-apa info berkaitan dengan mandi malam ni. he he.semangaaat kan??
Then, cari punya cari akhirnta aku dapat tahu memang mitos pun.seriosly.tak ada kena mengena pun antara mandi malam dan dapat penyakit peparu berair.
meh nak share,
aku baca artikel ni kat kosmo online.
-------------------------------------------------------------------------------------
Mitos mandi malam
ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.
Persoalannya adakah ia fakta benar atau hanyalah satu mitos?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.
Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini," kata beliau.
![]() |
| Comel nye budak ni. |
Kebaikan mandi
Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.
Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.
"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.
Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.
"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------
Dah baca?haa betul kan? tak ada kena mengena pun mandi malam dengan dapat penyakit.tu semua mentaliti rabak orang zaman dulu kala je.nak tahu pasai pa?
"Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.
"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau. - Bernama
so, kesimpulannya, better la mandi malam kalau korang rasa korang patut mandi malam.aku ni pulak dah jadik macam habit sebab aku rasa sangat selesa kalau lepas mandi malam-malam terus tidor.
then, ada satu lagik artikel yang aku baca kata lagu ni,
Dr Radiah Salim dari Poliklinik Yishun di Singapura telah memberikan penjelasannya.
"Penyakit radang paru-paru atau pneumonia (salah satu penyakit yang menjejas paru-paru), kata Dr Radiah, kebanyakannya dikaitkan dengan sistem ketahanan tubuh atau imuniti yang lemah."
Jadik tak boleh la nak kata pasai mandi malam boleh dapat penyakit paru-paru berair.
p/s : Teringat mak angkat aku cakap mandi malam boleh menyebabkan badan lenguh-lenguh dan kaki cepat kebas.betol ke?anyone?-.-

No comments:
Post a Comment