10 December 2011

love is responsibility,is'nt it??

Assalamualaikum

Hai readers n bloggers, 

ini entry series.series tak tipu,.

Hari tu, dalam kelas Writing for spesific purpose. tengah dengar lecturer bagi tips-tips nak exam, bla bla bla steve jobs bla bla..tetibe, kuar satu ayat ni dari dia. dan aku rase tertarik untuk share in this blog.

"LOVE only for Allah.The rest is about responsibility..."

yupp. totally agreed with this quote. Cinta itu memang hanya untuk Allah.

sebagai hambaNya, kita memang patut mencintaiNya. yang selalu ingat kita di saat kita lupa. yang mengampunkan setiap dosa kita kepadaNya..yang menurunkan nikmat dan rahmat. 

cuma, kita yang selalu lupa.selalu lalai.. hanya ingatNya di saat susah.saat bahagia, saat kaya, saat senang..semua tentang Allah dilupakan.solat, zakat..puasa...itu lah manusia..Semua Manusia melakukan kesilapan. takkan ada yang tak pernah melakukan kesilapan, tapi kena ingat jugak, jangan jadikan ini sebagai satu alasan atau landasan untuk kita terus melakukan kesilapan. 

yang lepas biar kan lepas. dan harap jangan diulangi.



ok.sambung balik pasal ayat di atas.kenapa dikatakan "the rest is about responsibility??".Ayat ini merujuk kepada cinta untuk manusia, cinta untuk haiwan dan macam-macam lagi tujuan cinta di dunia ni.kenapa dikatakan semua cinta-cinta ini sebagai satu tanggungjawab?? 

The answer is so simple.. 

kisah 1.

Ahmad berkahwin dengan Azizah atas dasar saling mencintai. Namun selepas melahirkan anak pertama mereka, Azizah meninggal dunia.. Ahmad berasa sungguh sedih kerana orang yang disayangi nya pergi untuk selama-lamanya. kemudian, beberapa tahun selepas itu, Ahmad berkahwin sekali lagi dengan Aminah. 

kisah 2.

Selamat (nama orang) mempunyai seorang isteri, Salmah. Kedua mereka saling mencintai antara satu sama lain. namun setelah beberapa tahun, Salmah disahkan mandul dan tak dapat melahirkan anak. Kemudian, Salmah menyuruh Selamat berkahwin dengan Salmiah. sepupu nya yang kematian suami.

kisah 3. 

Rokiah berkahwin dengan Azman atas dasar cinta. beberapa tahun kemudian, Azman meninggal dunia kerana ditembak peluru sesat semasa bertugas.(Azam ni tentera darat). so, Rokiah pun meraung raung macam orang gila kerana orang yang dicintai nya sudah tidak ada lagi.
selang beberapa tahun, Rokiah dilamar oleh Bakar, bekas kekasih nya sebelum dy berkahwin dengan Azman. cinta lama berputik kembali dan mereka pun berkahwin.

Nampak tak mesej yang sedang aku cuba sampaikan? simple kan? cinta manusia tu tak kekal. Memang lah kita kena cari cinta, jodoh dan berkahwin dan ada anak-anak yang comel. Di sini bukan lah aku nak cakap aku ni anti cinta ke apa.tak ok! aku pun pernah rasa bercinta dan apa-apa lah yang suwiit suwiit ni. tapi tapi, apa yang aku nak jelas kan kat sini, kalau nak bercinta tu pehlis la jangan ingat kalau orang yang korang cinta tu hilang or tak ada ke apa-apa la korang akan jadik lembik la putus nyawa la. sebab TAK ADA MAKNANYA ok? setakat nk frust menonggeng nonggeng or what else?

Satu lagi, cinta yang korang tengah rasa sekarang ni bukan lah apa sangat pun kalau nak banding dengan CINTA kepada pencipta..yang suka sangat nak tayang kat semua orang yang korang tengah bahagia la apa la..ayang abang la, b sayang la..pehlis ok.. aku dah menyampah dengan semua itu..at last, bile perasaan itu berubah, nothing gonna be happen other than korang nak menangis air mata darah sekalipun tak guna. n then, bila si kekasih or kekasut dijadikan sebagai penguat semangat untuk belajar blaaah macam tu je, mula la korang nak jadik patah semangat, looser la apa lah. oi tolong lah sedar sikit, yang pergi bergantung pada bende yang mati tu sapa suruh? so, girls, please be calm ok.tayah nak bazir air mate untuk lelaki tak guna.

Sebab tu la, kita kena bergantung pada yang tak mati.iaitu ALLAH. boleh nak bercinta, tapi tak payah la nak cinta mati sangat dan tayang kat orang lain. kene ingat, walau kau cinta mati sangat kat perempuan tu, and tak pandang dah perempuan lain, then bila perempuan yang kau puja tu pergi blaaah kat lelaki lain kau jugak yang meraung kan? 

So, kesimpulannya, sila faham bahawa CINTA hanya untuk ALLAH dan jangan mudah nak lafazkan kalau kau tak reti nak ada rasa tanggungjawab selepas itu!

"Bercinta lah bila kau dah ada rasa nak bertanggungjawab. Dan bergantunglah pada yang tak mati!"



p/s : berasa kesian dengan si perempuan yang ditipu oleh cinta si lelaki.


 smile always because u will gain your happines after that. believe me!


4 comments:

Unknown said...

miker bile nak kawen?

nana aziz said...

hamboih.teman tunggu habih belajo dulu.lambat lagi kot..ngape?kome pulak udah nak kawen ke tny teman ni?

TSYA'Z (~_^) said...

amboih...mrh sguh yer?? haha... biarlah sesiapa nak tayang pun cinta diorang... bg tsya, itu takde masalah pon.. yg pnting tahu batas2 dia.. xlah smpi mlmpau2 bercintanya..

kan??

nana aziz said...

@tsya.
tak la, nana tak marah pun.hehe..yup! betol2..cume kdg2 tu pelik tengok org yang suke tunjuk kebahagiaan dyrg padahal sebenarnye bukan macam tu pon..
em.neway, nana doakan tsya happy n bahagia selalu ok?because u deserve for that!.(^_^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails