09 September 2011

Terima Kasih atas Cukai Perkhidmatan yang dikenakan!

Assalamualaikum

hai readers n bloggers,



aku malas nak tulis panjang-panjang.aku tahu ramai dah tahu pasal ni.Aku bukan nak kata apa la kan, tapi agak sakit hati juga la bace berita ni..

"Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mulai 15 Sept"


Aku tahu berita ni malam tadi.thanks to mr Acino yang bagitahu.adoi.Memang terkejut la.dah la hari tu Yuran Uni aku naik.Sekarang topup pulak.Aku malas nak tunjuk marah ke apa kat sini.tapi memang aku bangkang la apa yang jadi sekarang ni.agak-agak la 6% kot weh.bukan 1%. RM10 jadik RM10.60.aah.0.60 sen je kan?Cuba kau topup 6X?tak ke dah jadi RM6? dah boleh beli ayam penyet kat restoran bibik dah.grrrrrr..

paling best aku terbace satu artikel ni kata lagu ni,

"Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif."
nak bace lagi panjang klik sini


Sudah la .bebel banyak-banyak pun buang masa je.Jomla like page ni dan page ini beramai-ramai, even aku pun tak sure ada tinggal kesan ke tak nanti.huh.Demn --".

Jangan lepas ni aku dengar tiket bas pun naik jugak dah la.Memang terbakar rasanya seri putry tu.haha..*tade kena mengena.

p/s : sambung kemas baju..esok balik.yeay!.muka harus happy walau dalam hati merana.-_-

4 comments:

Unknown said...

geram jer bile tengok harga die..

nana aziz said...

tawu takpe.geram+sakit hati.dah la barang2 dah byk mahal skrg ni.yuran naik.sume nak naik.ape pon ta bleh.cisssssss!

sobri yaacob said...

dah joint dah page ni .. tpi mcm x bksan..je...

nana aziz said...

@sobri yaacob : em.topup ta jadik nek lagik.tapi pek permulaan la plak mahal.bodo btol!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails