19 September 2011

sembang cinta #4 cinta mati.

Assalamualaikum

hai readers n bloggers,

Rindu blog ini.rindu korang.as i said before bila aku dah kembali ke uni memang aku akan jarang update..sumpah rindu masa-masa kat rumah, free je nak update.ekeke.

Semalam, aku sembang dengan za, perihal cinta.ek.cinta lagi?lagi-lagi cinta.well.this is really common.tak dapat nak nafikan juga.fitrah. Banyak jugak yang kami sembangkan.perihal pengalaman masing-masing.cinta monyet, cinta terhalang,cinta telarang.dan CINTA MATI.ek..ok.itu yang aku nak kupaskan hari ini.

Korang faham kan apa yang aku maksudkan dengan cinta mati?yes!u've really got the point.cinta yang kau rasa dia milik kau dan kau milik dia.cinta yang kau rasa dah tak ada orang lain dah selain dia. sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat memenangi hati orang yang korang sayang.dok peghabih duit, masa bla bla bla.dan paling penting, cinta yang korang rasa tanpa dia gelap la dunia. Tak dapat bayang hidup tanpa dia.yes.itu definisi yang aku bagi.


Bila bercinta sampai level "cinta mati" ni sangat la bahaya+berisiko.Kenapa aku cakap macam ni?Sebab based on pengalaman aku, kalau2 makhluk ni putus cinta boleh bagi effect yang gila-gila mendalam.contoh macam, result jatuh, tak boleh focus on study, menangis meratapi si dia yang sedang bahagia dengan orang lain. in case la pasangan dah ada pengganti, terjun bangunan..eh ade ke?bunuh diri nabi tak mengaku umat woi.

Aku ada kawan.lelaki.Dia ni brutal gak la, tapi dalam brutal-brutal dia ni tatawu plak aku terselit rasa jiwang gak dalam hati beliau.Dan dia sayang gila awek dia.aku tahu tu.even awek dia banyak kali buat hal,mintak putus, selalu kena maki hamun, pun dia sanggup tahan lagi.dan dia pernah bagitahu aku, once dia bercinta takde pe (*pinjam ayat haslim) lagi yang lagi penting dalam dunia ni..Pergh dalam hati aku, gile kentang mamat ni kalau bercinta.tapi as a friend, aku berdoa dalam hati janganlah dia ni kecewa.


Masa dia happy ngn gf dia tu aku pun tumpang happy la gak kan.even kadang-kadang dia lupa aku bila dia senang.haha.aku ta kisah pun.asal kan dia bahagia. tapi tapi..tup tup je aku dapat tahu dia putus dengan awek dia.pasai pa aku pun tak pasti.then, tak lama pas tu awek dia bertunang dan tak lama lagi merancang nak kawin.ye.kawin dengan orang lain.

Memang la aku terkejut.senang je perempuan tu kecewakan kawan aku.ciss!.kalau aku dapat aku patah-patahkan jari manis kau.biar tapat sarung cincin masa kau kawin nanti. ok.itu imaginasi aku jek. Aku tanak tidoq lokap.ekeke.

Then si lelaki membawa hati yang mendung dan kesedihan yang besar bak orang mengandung pun berjanji tidak mahu bercinta lagi.sebab gara-gara that gurl, result exam beliau sangat terok.hampir bungkus.gara-gara si pasangan yang membuat angkara.

Berbeza lak dengan satu cerita ni.one of my gurl fren gak.yup.kawan perempuan.Dia bercinta untuk pertama kali nya masa hampir SPM.then, entah apa yang jadi before nak exam tu, diorang putuih.a.k.a clash la noh.then, di sebab kan si perempuan ni berhati batu dan memiliki kepala yang keras, dia tak peduli langsung pun pasai perihal putus memutus ni.Amik buku, study.Fikir pasal exam lagi baguih.katanya.then, habis je SPM, tetiba dia teringat."Eh, aku dah putus rupanya?".then, bile result spm keluar, she got flying colours.further study to matric then uni.yes.she is one of my besties.

Haha.sempoi kan?so moral of the both story, kalau bercinta pastikan level tu biasa-biasa je.jangan nak "mati"sangat.sebab in case kecewa, kau orang jugak yang mati nanti.merana badan.dan contohi la kes kedua.putus cinta?dah.biar je.tayah nak pikir sangat.sebab cuba pandang dari sudut positif, kau putus cinta tu tandanya dia bagi peluang untuk kau dapat yang lebih baik.so.tayah nak sedih.be calm.bawak bertenang,ingat Allah banyak2.heh.time ni la baru nak ingat Tuhan.dasar manusia.

Satu lagi, kalau kau kecewa sebab tak dapat miliki orang yang kau suka, yang kau sayang, yang kau rasa dia tu soulmate kau, tayah risau.tayah rasa tak tenang or tak senang duduk tengok dia bersama dengan orang lain, just doakan.doakan kebahagiaan dia.tak kira la dia dengan sapa pun.dengan itu, hati akan jadi lebih tenang dari kau berdendam.tayah nak jadik SINETRON sangat sampai sanggup kucar-kacir kan hidup orang lain.cinta tak semestinya memiliki.yes.it is true.

Sebab bila kita tengok orang yang kita sayang bahagia secara tak langsung kita pun akan bahagia.even dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.ehem.macam ada pengalaman je kan.he he he.Satu lagi bahagia itu janji Allah.bersabar dan berusaha reflect diri sendiri balik.Mencintai dalam hati.Andai dia jodoh kau, dia akan datang juga nanti.in case dah bukan jodoh, lepaskan saja.

Cinta kepada Illahi adalah yang utama.cinta manusia akan datang after hati kita menyintai Maha Pencipta.

p/s : Life is simple.but not easy.

1 comment:

Anonymous said...

sekarang xde cinta mati lagi ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails