06 November 2010

Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan dalam rumahtangga



Maksudnya: Wahai Tuhan kami, limpahkan kesabaran kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

(Surah al-Baqarah:250)

Ayat ini merupakan doa orang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah SWT melimpahkan ke atas mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu. Perkataan limpahkan itu menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar telah dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya.

Setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan masalah walaupun ianya kecil seperti kata P. Ramlee dalam lagunya; " Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Oleh yang demikian, amalkanlah membaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dengan penuh kekuatan dan kesabaran agar rumah tangga yang dibina akan terus berkekalan.

Petua mengukuhkan rumah tangga ( Menurut Dr. Ismail Tambi )

  1. Menerima pasangan seadanya
  2. Berikan ruang kepada pasangan
  3. Kesanggupan meluangkan masa bersama
  4. Menjadi seorang pendengar yang baik
  5. Memberikan penghargaan dan pujian kepada pasangan
  6. Katakan 'ya' lebih kerap daripada 'tidak'
  7. Letakkan kepercayaan kepada pasangan

Ciri-ciri pasangan yang baik

  1. Menjadi pasangan yang realistik dan bukan hipokrit
  2. Sentiasa berterus terang dengan pasangan
  3. Melakukan aktiviti harian bersama
  4. Saling memahami dan bertolak ansur
  5. Menunjukkan 'cinta' kepada pasangan
  6. Hormat menghormati antara satu sama lain
  7. Melupakan peristiwa hitam yang lalu
  8. Membuang sikap cemburu
  9. Menunjukkan komitmen kepada pasangan
  10. Jujur kepada pasangan

Dipetik daripada:

Doa menjadi pengantin baru setiap hari

Ustaz Zahazan Mohameda


nota kaki;- saje nak share ngn u all sume...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails